Wednesday, November 30, 2011

I Love MUNCHKIN



Penah dengar brand MUNCHKIN? haa... mungkin ada yang penah dengar, mungkin ada yang tak.. munchkin ni adalah salah satu brand barangan untuk bayi dan kanak-kanak.. dan aku adalah salah seorang yang suka sangat dengan produk brand ni.. tersangat la cuteee... geram je bila tengok barang-barang dia. tapi takdela sampai collect suma product dia ni. Kat bawah ni beberapa collection yang aku ada.. beli pon sebab memang nak guna. cuma tang flash card tu dah jahanam  hancus dimakan auni. aduila..

feeder
travelling flash cards

spoon
bottle brush

Powdered Formula Dispenser
Drying Rack














Yang feeder tu masa auni kecik, letak la betik ke, tembikai ke..pisang ke, pastu bagi kat dia.. dia pon hisap.. leka je makan, so takdela sepah makanan tu.. tapi dah besar ni tak guna dah.. dah masuk stor. heheh

spoon tu memang sgt colorful. sebab ada 6 unit, satu simpan kat umah tokwan dia, satu umah nenek dia, ada yang dalam diaper bag. senang kalo g dah ada tersedia. :)

bottle brush ni yang ke berapa ntah, selang seli guna dengan yang ada kat umah. dah 2 kot brand lain guna patah, yang ni insyaallah takkan patah batang dia sbb tebal.. teat brush dia simpan kat ujung pemegang tuh.. pastu letak kat drying rack mcm yang bawah sekali tu.. senang kan? 

haa.. betul-betul promo barang munchkin nampaknya haku ni.. mane taknya sekarang ni tengah target nak dia punya Snack Catcher. instead of guna bowl.. kalo letak makanan kering kompem bersepah, so harap la kalo dah beli no more sepah-sepahhhhh atas lantai... hehehe..
Snack Catcher
So harap this week aku dapat la grab mende alah ni, selagi tak dapat selagi tu la teringat2.. hahahaha.. statement tak bleh blah. so auni tunggu ye mama belikan nanti yer.. (mama ke auni yang excited telebih sudah ni? muahaahha)

Wednesday, November 23, 2011

Hari Rabu Tanpa Kata

Aktiviti weekend lepas. Hanya auni and ayah je ada dalam ini gamba. Mama jadi photographer









Monday, November 21, 2011

Sepek Mata Baru

Alkisah nye weekend baru-baru ni bejalan la ke KL.. nak mencari spek ganti hubby ku yang telah hilang masa kat kapal baru-baru ni. Rupanya memang dia dah survey siap-siap masa atas kapal lagi.. dan seperti yang telah dijangka brand fav dia sememangnye Oakley. huuu... aku pon ade try usha2 for women tp bila p try kat kedai kebanyakkan tak fit la.. aihh... europe spec bukan asia.. paham2 jelaa...

so model yang dia target is Boomstand. Memula dengar nama aihhh boombastik betul namanye. Mesti bentuk dia ntah ape2. heeheh.. but nope, nice je.. harga pon sangatlah nice kan. tapi bagi aku worth it. sebab 1, branding dia yang memang well known all over the world terutamanya for their sunglasses.


Gambar ihsan dari Google
  • Constructed of ultra light, durable titanium
  • Custom titanium “TWIN SHOCK™” hinge
  • Laser decorated temples
  • Semi rimless lens mount
  • UNOBTAINIUM® ear socks
  • Adjustable nose pads
  • Collection specific case included
  • Available with Oakley Authentic Prescription Lenses in both Single Vision & PAL
  • Eye (A): 52
  • Bridge (DBL): 19
  • ED: 55
  • B: 30
  • Temple: 140
Spek tu beli kat authorized dealer... nasib baik laki aku tak beli kat mudah.my tu.. ade sorang mamat tu claim dia punye ori.. amek dari kedai optical jugak.. tapi bila kitorg jumpa dia sendiri and tengok spek yang dia bawak, sangat2 diragui. kotak lain, finishing tak kemas, printing tak jelas. mcm2 lagi la.. harga mmg la murah sket dari kedai.. tapi kalo beli hati tak senang, tak best kan?

Tapi... aku pon dengan tak sengaja juga telah menambah koleksi spek aku... hahaha... menyibuk je orang beli kite pon nak tumpang sekaki... tapi tak banyak choice.. so lastly amek yg mcm bwh ni..


Simple jek.. pastu kaler mesti tak lari, tak itam cekelat.. maroon ke.. gitu.. tak berani nak amek yg cerah2.. hihihih... part yang tak best nye power mataku dah naikkkk... adehh.. .cemana ni? ampeh lah.. kekurangan vit A la gamaknye ni.. patutla spek lama mcm tak brapa nak nampak (alasan sedapkan hati lepas beli spek tu. patut tukar lens je bukan tambah spek!! ;P)  

Terima kasih pada hubby ku yang tak kisah langsung aku nyibuk tambah koleksi spek. tapi takpela kali ni je kottt...lepas ni takde maknanyee hokeyyy... kahkahkah.. i luv u soo muchh... muahhh muachhh...


Wednesday, November 16, 2011

Google Talk ooo Gtalk

Assalamualaikum..

Haa saje je nak cite sket pasal mende alah ni.. Google Talk.. salah satu applikasi di bawah Google.com yang membolehkan kita berchatting sama ada by text atau voice.. skang ni pon ada video tapi yang tu hanya embedded dalam gmail. so kalo nak guna video chat, dedua kene pakai source yang sama..  tp still dalam pengujian rasanyala..

Google Talk App - ehsan dari google images
GoogleTalk dalam Gmail - ehsan google.com


so straight to the point, sebenarnye gtalk ni kene block kat ofis.. dah lama dah.. tapi tak penah cari solution pon sbb skype lepas. so kalo nak communicate sesama ofismate, pakai skype je. cuma kadang2 teringat kawan2 lama dari company lama dulu duk guna gtalk ni. so pagi ni search2 terjumpa lah gtalk yang boleh diaccess via web based walopon kat ofis kite dah block application ni..

http://talkgadget.google.com/talkgadget/client

alhamdulillah skang ku dah boleh berGtalk at office hour! yippie.. =)

nota kaki : masih tertanya-tanya kenapa ofisku block googletalk tapi allow skype.. sbb gtalk if more lighter (in terms of network burden).. hmm.. 

Friday, November 4, 2011

Cantek Tapi Bahaya

Apa yang cantek tapi bahaya? Baru2 ni kita ada dengar berita pasal sorang bayi berumur 17 bulan tertelan beberapa biji jeli kristal sebab menyangka bebola tu adalah Gula-gula!. Apa yang menyebabkan bebola ni jadi bahaya sebab bebola tu boleh mengembang sehingga 55% daripada saiz asal bila menyerap air yang mana boleh menyembabkan saluran usus budak tersumbat. So sbb tu la jadi muntah-muntah, demam, takde selera makan.. ish... at the end terpaksa dibedah. 
bebola kristal 
Cantek kan? Sebenarnya kerajaan dah melarang dah penggunaan bebola ni.. ni ada sedikit petikan dari berita ogos lepas : 
PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanyaberkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.
SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.
"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

So parents, sila ban bebola ini ye. Kalau ada kat rumah tu tukar la kepada tanah ke, yang lebih natural. biar la tak cantek yang penting keselamatan terjamin. ok! Kalau nak guna jugak, pastikan pasu tu diletakkan tempat yang tinggi dan tertutup, tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. But for me personally, lebih baik takde daripada menghadapi risiko coz Malang tak berbau... tul tak? Make this as one of Safety Precautions for our children. :)

Tuesday, November 1, 2011

Sample Gambor Product Dalam Blog

Asal dari gambar ini disnap gune digital camera Nikon Coolpix S5200 (camera nikon murah2..beli untuk buat kerja)

-
-
-
-

akhirnya setelah diedit jadilah macam ini..kat bawah ni
-
-
-
-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers