Thursday, August 25, 2011

Pedas Pedas..

Adik : abg thu x bila perempuan yg TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dgn sempurna?
Abg : masa haji kot adik,
Adik : salah...cuba teka lagi,
abg : masa kawin???
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Abg : apa dia dik?? abg x thu la.
Adik : td ustazah cakap kat skolah , perempuan yg tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN..maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.......



ni sesi dialog aku copy and paste dari wall FB My ofismate. Bunyi lembut tapi tajam. rasa terkena jugak tempiasnya. kadang-kadang aku alpa dengan keWAJIPan pasal aurat nih. owhh... terasa begitu nipis iman ku.. tak payah tuding jari pada orang lain kan. bagus jugak ade sindiran macam ni.. sindiran berhemah tuh. atau peribahasa yang biasa kita dengar, "Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya". 


Meh la kita berhijrah.. berubah ke arah kebaikan. lebih baik dari semalam.. Wahai para suami, bimbinglah kami para isteri.. Tegurlah kami sekiranya buat kesilapan.. Jangan dibiarkan diri ini diselubungi misteri dosa... huhuh... owh... ape aku bebel dah ni.. ok dah dah.. 


Akhir kate, Salam Lebaran buat kenalan.. Mohon maaf atas sebarang salah silap yer. 


Assalamualaikum..


Cili kegemaran suamiku, enak dimakan begitu sahaja!
p/s : aku tak rasa pedas sebab tak makan cili. kan puasa ni. aihh kering tekak plak rasa.

Monday, August 22, 2011

Hasil Tangkapan Di GM Klang

Weekend baru-baru ni memang dah target nak bershopping mana yang masih pending.. paling major iaitu baju auni.. baru beli sehelai. t shirt je plak tuh. setelah mendengar pandangan adikku yang baru je pegi ke GM minggu lepas, katanya baju baby banyak gile. yang jenis branded yang orang jual online tuh. aku memang tahu kat situ jual barang secara borong. and kalau bernasib baik ada kedai yg jual harga borong walaopon kite beli 1 unit!


haa... kat sana ada banyak blok.. lebih kurang 6 blok kot. dipanggil pavillion tiap2 satu.. so biasa aku start meround dari pavillion 1 sampai 5.sbb biasa sampai situ je larat..1 pavillion tuh banyak gile kedai. dah la barang banyak tak igat. kaki ni kalo tak benti usha2 dulu mmg tak sah. huhuh.. tapi jarang beli. biasa tengok je.. hahaha tapi kali ni TEPAKSA beli ok.. sebab dah lama gile tak belikan baju si kecik. alang2 beli biar menang memakai. cewahh.. so setelah terjah ke beberapa kedai dapat la lebih kurang barang kat bawah ni..

tshirt, overall skirt, baju style korea
baju tido
Dress
brooch
dann ada lagi beberapa tudung, baju kurung yang aku tak snap. ni amek gamba sebab ayah auni nak tengok baju macam mane yang mamanya beli utk anak dara dia.. tak tau la ayahnya kenan ke tak. kebiasannya kat sane kalo beli satu unit mahal, ikut harga standard. tapi kalo beli kurang2 6 pasang, baru la dia jual murah. 2 kedai beli ni. ada satu kedai tuh dia jual suma barang dia 50%.. and part yang best is min unit is 3 only.. mmg penuhhhh kedai dia.. baju gaun lawa2 (branded : dkny, zara, guess, CK, oshkosh bla blaaa...) bleh tahan la dalam 25-40.. contoh overall skirt kat atas tuh dapat harga RM32. ok tak? memang sume pakat borongg.. nasib baik la masa tuh dah beli so amek 3 pasang je.. tu pun baju tido.. and yang penting datang awal! kul 10 aku dah terpacak. hehehe..

so ok la. minggu ni target nak shopping lg.. beli baju ayahnya plak. adehh part ni risau sket sbb.. takut tak bekenan. yg paling bahaya is salah size / cutting tak kena.. hmm.. harap la si dia dah balik weekend ni. tapi dari gaya emel2 yang ku terima macam balik masa raya jeekkkk... adoiii... hhuhuh..cedey3.. ok lah mahu stop dulu. so akhir kata, bershopping la anda dengan berhemah. jadilah pengguna yang bijak hokeeyyy... :D

Thursday, August 18, 2011

Cubaan Untuk Bertudung?

Mula-mula okey.. lama-lama ngamuk siap nangis menitiskan air mata..
dan aku as her mother lagi galak nak mengusik si kecik ni. haha tak patut plak rasa..
tapi last-last suka (galok tehhh) plak. aish.. mek nih.. konpius mama..

tengok jela gelagat mek auni ni semasa cubaan untuk mentudungkan nya.. heheh

click to enlarge

Monday, August 15, 2011

chat box?

chat box takdok ke??hehehe

2 Minggu Sudah Berlalu

Assalamualaikum..

ape yang 2 minggu sudah? puasa la kan..  rasanye sume orang duk hitung hari nak raya.. tapi aku pulak lain,
hitung hari en hubby kat offshore.. hari kedua puasa dia dah berangkat ke Sarawak nun.. sampai hari ni tak dapat nak balik lagi.. katanye jangka dalam seminggu lebih ajer, tapi harini genap 2 minggu sudah.. huwaaa... sangat sedihh.. :(

ni bukan auni yer
Hari-hari sebelum ni macam ok jer.. takde la terasa sangat.. tapi pagi tadi, masa nak drive tengok langit, bulan penuh.. owh harini 15 ramadan.. dah 14 hari hubby aku kat laut tak balik lagi bebuka sama-sama macam orang lain.. teringat tahun lepas masa tengah preggy.. aku bebuka dengan Cik Win sebab aku tumpang duduk umah dia. yela kan masa tuh aku dh sarat.. ada jugak orang tengok-tengok kan aku.. masa tu lg 2 minggu nak raya baru la hubby balik.. kali ni pon sama.. ntah-ntah nak dekat raya baru balik? owwhhh sadisnye (lagi sekali)..

So i would like to karang surat to my beloved husband..


Ke hadapan kekandaku yang tersayang..


Alhamdulillah, tuhan sesungguhnya sayangkan umatNya dengan melimpahkan nikmat di bulan yang Mulia ini dengan pelbagai juadah, kesejahteraan hidup.. dan kita masih diberikan kebahagiaan hidup bersama..


Dinda kini sering melihat kalendar (dulu panggil ape ek?) menghitung hari dan ketika, apakah ada khabar yang akan memberikan sinar semula kepada dinda dan anakanda kita yang comel, Auni Sorfina.. (takpe kan kate anak sendiri comel? hehe)..  Dinda selalu berdoa meminta pada yang Esa semoga kanda cepat pulang ke Teratak Cinta yang kita bina bersama.. (owh aku bayar sewa jer bukan bina pon).  Kalau kanda baca surat ini, risik-risik lah pada majikan kanda bila boleh pulang ya.. Kami amat merindui kanda.. 


Akhir kata, lagu ini dinda tujukan pada kanda.


Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Perenggan ini tidak sesuai dinyanyikan yer..
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya




Owh ok ok sudahhhh... aku takmo nyanyi ini lagu. it will spoil my days... Ok aku mahu beribadah pulak (sambung kerja yang dibayar gaji ini)... daaaaa



Friday, August 12, 2011

10 bulan sudah?

Lagi 2 bulan auni nak masuk satu tahun.. dia semakin membesar dan masa dirasakan berlalu begitu pantas. cewahh ayat novel. haha.. alhamdulillah auni membesar dengan sihat.. dan setakat ni dia masih seorang bayi yang sosial. tak kisah jumpa sape2 pon. terutama geng-geng seusia dengan dia.. memang bising mulut memanggil-manggil nak ajak beborak gamaknyer ;P.

** sumber dari babycenter



Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan

Melakukan pergerakan yang lebih banyak 
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.  YES, cuma auni takut-takut nak lepaskan tangan. hehehe

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. 

Memegang dengan jari-jemarinya 

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. Dah macam-macam auni makan, plastik, kertas, meja pon dia gigit. (ayahnya jangan tekejut balik nanti tengok rak tv dah berkopek sane sini digeget auniiiii...adoiiiii) 

Personaliti yang berkembang 

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. Dah pandai lambai bila sebut 'bye bye'.. dah pandai tepuk tangan bila sebut 'tepuk'..  menari toksah cite la kan.... head banginggg ajeerrrr

Menangani ketakutan bayi anda 

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.  betul betul betul

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’ 

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.  memang suka borak dengan auni sebab ayah dia jarang ada kat rumah. dengan sape lagi mama nak borak? heheheeh

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).  bila sebut perkataan lain ade la bunyi mcm nak folo, tapi ajar sebut 'mama' terus senyap kebluran. aishh..



So itu lah antara perkembangannya setakat ini. tapi tang nak tido malam mesti merengek2 guling2 dulu baru la tido. kalo siang ok je tidonyer.. aishh nak wat cemana eh.. agaknye tu cara dia nak bermanja dengan mamanyer? tak ape la auni sayang, asal auni happy sudahhh... dah besar nanti jadi anak yang mendengar kata yer.. hormat orang tua. wahh gitu.. memang salu pesan pon time dia nak tido. ini pesan en magsob.. suh nasihat anak time derang nak tidur-tidur chicken tuh. cakap dengan derang elok2. masa ni la jiwa dan fikiran tenang, insyaallah mudah diterima.. amin...
anak beranak lena diulit mimpi
saya suka makan biskuttttt
happy betul orang nak amek gambo diaa
on her booster seat. time makan memang ni la tempat dia


Friday, August 5, 2011

Selamat Tinggal..

Tiba-tiba terkenang pada 2 sahabat / rakan sekerja yang telah tamat kontrak derang 2 hari lepas.. dua orang ni satu team dengan aku... bersama-sama buat keje lebih kurang 2 tahun.

Kisahnya agak tragis bg aku, She thought kontrak sambung tp rupanya tak tahu ape status sebenar.. sama ada akan sambung atau tak langsung.. dengar2 cite akan sambung lepas raya.. so buat masa ni dia kene berehat dulu la duk umah. i hope dapat la sambung sbb she is one of the pro dalam team. and Yang sorang dapat offer keje lain. and he got better offer la kan..dah la sebelum ni dah 2 orang keluar g tempat lain.. dah makin susut team kitorang skarang.. hmm..

And yg suprise, he gave us mini character thumb drive for each of us! jiwa sentimental gitu kan.. tp aku dapat tahu the day after he left. sbb aku balik awal.. 430.. yang lain kul 5.. so antara yg lewat untuk cop drive cute2 ni!

aku punya yang lanun. yang lain orang dah cop dulu!
yang kaler ijau mcm toyol tuh aku beli dari orang yg jual thumb drive ni.. ni kira antara yang biasa je.. yang best2 mcm donald, spongebob, pon ada tp laku sgt.. so amek je la yg ada. yang pelik aku nye drive, kepala lanun badan batman.. aduilaa... split personality agaknye dia nih.. hahahaa...tak kisah la orang bagi.. time kasih bebanyak pada Aslam... dan juga selamat berjaya pada diorang, hope Jieha jaga diri bebaik sbb tgh "berdua" tuh.. makan kene jaga.. hehehe... 

Off topic :
harini tak sabar nak tunggu stok baju baby baru dari budak opis aku ni. dia diam2 jual baju ropeerrrnyee.. semalam dia ada bawak sket, sambar satu.. tengok la harini kalu ade bekenan mungkin ada tangkapan lain plak. hua huaa huaa... sorry abg ayg beli tanpa QC abg yerr.. hehee

Gaun NEXT
**nota untuk diri sendiri : 
aku rasa akan ikut jejak jiha.. tapi tak tau bila? penah menanam niat untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa... lalalala.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers