Sunday, December 18, 2011

Dizzy Weekend

Urmm sejak semalam kepala asik pening je..

Sampaile ke hari ni.. Nak buat keje umah pon takleh laju.. Slow je..

Ni update blog pon smbil baring.. Sambil tunggu mr hubby balik men beskal.. Auni

Pon tido.. Blehla nak berehat kejap.. :-)..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, November 30, 2011

I Love MUNCHKIN



Penah dengar brand MUNCHKIN? haa... mungkin ada yang penah dengar, mungkin ada yang tak.. munchkin ni adalah salah satu brand barangan untuk bayi dan kanak-kanak.. dan aku adalah salah seorang yang suka sangat dengan produk brand ni.. tersangat la cuteee... geram je bila tengok barang-barang dia. tapi takdela sampai collect suma product dia ni. Kat bawah ni beberapa collection yang aku ada.. beli pon sebab memang nak guna. cuma tang flash card tu dah jahanam  hancus dimakan auni. aduila..

feeder
travelling flash cards

spoon
bottle brush

Powdered Formula Dispenser
Drying Rack














Yang feeder tu masa auni kecik, letak la betik ke, tembikai ke..pisang ke, pastu bagi kat dia.. dia pon hisap.. leka je makan, so takdela sepah makanan tu.. tapi dah besar ni tak guna dah.. dah masuk stor. heheh

spoon tu memang sgt colorful. sebab ada 6 unit, satu simpan kat umah tokwan dia, satu umah nenek dia, ada yang dalam diaper bag. senang kalo g dah ada tersedia. :)

bottle brush ni yang ke berapa ntah, selang seli guna dengan yang ada kat umah. dah 2 kot brand lain guna patah, yang ni insyaallah takkan patah batang dia sbb tebal.. teat brush dia simpan kat ujung pemegang tuh.. pastu letak kat drying rack mcm yang bawah sekali tu.. senang kan? 

haa.. betul-betul promo barang munchkin nampaknya haku ni.. mane taknya sekarang ni tengah target nak dia punya Snack Catcher. instead of guna bowl.. kalo letak makanan kering kompem bersepah, so harap la kalo dah beli no more sepah-sepahhhhh atas lantai... hehehe..
Snack Catcher
So harap this week aku dapat la grab mende alah ni, selagi tak dapat selagi tu la teringat2.. hahahaha.. statement tak bleh blah. so auni tunggu ye mama belikan nanti yer.. (mama ke auni yang excited telebih sudah ni? muahaahha)

Wednesday, November 23, 2011

Hari Rabu Tanpa Kata

Aktiviti weekend lepas. Hanya auni and ayah je ada dalam ini gamba. Mama jadi photographer









Monday, November 21, 2011

Sepek Mata Baru

Alkisah nye weekend baru-baru ni bejalan la ke KL.. nak mencari spek ganti hubby ku yang telah hilang masa kat kapal baru-baru ni. Rupanya memang dia dah survey siap-siap masa atas kapal lagi.. dan seperti yang telah dijangka brand fav dia sememangnye Oakley. huuu... aku pon ade try usha2 for women tp bila p try kat kedai kebanyakkan tak fit la.. aihh... europe spec bukan asia.. paham2 jelaa...

so model yang dia target is Boomstand. Memula dengar nama aihhh boombastik betul namanye. Mesti bentuk dia ntah ape2. heeheh.. but nope, nice je.. harga pon sangatlah nice kan. tapi bagi aku worth it. sebab 1, branding dia yang memang well known all over the world terutamanya for their sunglasses.


Gambar ihsan dari Google
  • Constructed of ultra light, durable titanium
  • Custom titanium “TWIN SHOCK™” hinge
  • Laser decorated temples
  • Semi rimless lens mount
  • UNOBTAINIUM® ear socks
  • Adjustable nose pads
  • Collection specific case included
  • Available with Oakley Authentic Prescription Lenses in both Single Vision & PAL
  • Eye (A): 52
  • Bridge (DBL): 19
  • ED: 55
  • B: 30
  • Temple: 140
Spek tu beli kat authorized dealer... nasib baik laki aku tak beli kat mudah.my tu.. ade sorang mamat tu claim dia punye ori.. amek dari kedai optical jugak.. tapi bila kitorg jumpa dia sendiri and tengok spek yang dia bawak, sangat2 diragui. kotak lain, finishing tak kemas, printing tak jelas. mcm2 lagi la.. harga mmg la murah sket dari kedai.. tapi kalo beli hati tak senang, tak best kan?

Tapi... aku pon dengan tak sengaja juga telah menambah koleksi spek aku... hahaha... menyibuk je orang beli kite pon nak tumpang sekaki... tapi tak banyak choice.. so lastly amek yg mcm bwh ni..


Simple jek.. pastu kaler mesti tak lari, tak itam cekelat.. maroon ke.. gitu.. tak berani nak amek yg cerah2.. hihihih... part yang tak best nye power mataku dah naikkkk... adehh.. .cemana ni? ampeh lah.. kekurangan vit A la gamaknye ni.. patutla spek lama mcm tak brapa nak nampak (alasan sedapkan hati lepas beli spek tu. patut tukar lens je bukan tambah spek!! ;P)  

Terima kasih pada hubby ku yang tak kisah langsung aku nyibuk tambah koleksi spek. tapi takpela kali ni je kottt...lepas ni takde maknanyee hokeyyy... kahkahkah.. i luv u soo muchh... muahhh muachhh...


Wednesday, November 16, 2011

Google Talk ooo Gtalk

Assalamualaikum..

Haa saje je nak cite sket pasal mende alah ni.. Google Talk.. salah satu applikasi di bawah Google.com yang membolehkan kita berchatting sama ada by text atau voice.. skang ni pon ada video tapi yang tu hanya embedded dalam gmail. so kalo nak guna video chat, dedua kene pakai source yang sama..  tp still dalam pengujian rasanyala..

Google Talk App - ehsan dari google images
GoogleTalk dalam Gmail - ehsan google.com


so straight to the point, sebenarnye gtalk ni kene block kat ofis.. dah lama dah.. tapi tak penah cari solution pon sbb skype lepas. so kalo nak communicate sesama ofismate, pakai skype je. cuma kadang2 teringat kawan2 lama dari company lama dulu duk guna gtalk ni. so pagi ni search2 terjumpa lah gtalk yang boleh diaccess via web based walopon kat ofis kite dah block application ni..

http://talkgadget.google.com/talkgadget/client

alhamdulillah skang ku dah boleh berGtalk at office hour! yippie.. =)

nota kaki : masih tertanya-tanya kenapa ofisku block googletalk tapi allow skype.. sbb gtalk if more lighter (in terms of network burden).. hmm.. 

Friday, November 4, 2011

Cantek Tapi Bahaya

Apa yang cantek tapi bahaya? Baru2 ni kita ada dengar berita pasal sorang bayi berumur 17 bulan tertelan beberapa biji jeli kristal sebab menyangka bebola tu adalah Gula-gula!. Apa yang menyebabkan bebola ni jadi bahaya sebab bebola tu boleh mengembang sehingga 55% daripada saiz asal bila menyerap air yang mana boleh menyembabkan saluran usus budak tersumbat. So sbb tu la jadi muntah-muntah, demam, takde selera makan.. ish... at the end terpaksa dibedah. 
bebola kristal 
Cantek kan? Sebenarnya kerajaan dah melarang dah penggunaan bebola ni.. ni ada sedikit petikan dari berita ogos lepas : 
PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanyaberkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.
SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.
"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

So parents, sila ban bebola ini ye. Kalau ada kat rumah tu tukar la kepada tanah ke, yang lebih natural. biar la tak cantek yang penting keselamatan terjamin. ok! Kalau nak guna jugak, pastikan pasu tu diletakkan tempat yang tinggi dan tertutup, tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. But for me personally, lebih baik takde daripada menghadapi risiko coz Malang tak berbau... tul tak? Make this as one of Safety Precautions for our children. :)

Tuesday, November 1, 2011

Sample Gambor Product Dalam Blog

Asal dari gambar ini disnap gune digital camera Nikon Coolpix S5200 (camera nikon murah2..beli untuk buat kerja)

-
-
-
-

akhirnya setelah diedit jadilah macam ini..kat bawah ni
-
-
-
-



Monday, October 31, 2011

Sebulan Telah Berlalu

Huua... sudah lama tidak mengupdate blog ku ini..

sampaikan ada orang tanye ada update tak sebab nak baca.. .ecehhh macam la aku ni blog tegar kann..
padahal ikut suka aku je nak post bila. sesuai la kan dengan tajuk blog ku ini, bila masa terluang.. ni la yg mampu aku buat sket2.. kalo ada masa dan kelapangan..

so apa yg dah sebulan berlalu tu? dah sebulan dah mr hubby ku outstation... ke mana? nunn ujung dunia.. bahagian selatan bumi.. tapi tak le selatan betul...ape ada kat sane... hehehe.. kat aussie katenyee.. haa so aku pun mcm biasalah idup menumpanglah kat umah mak.. nak duduk berdua je dengan auni still tak confidence.. uishh.. lagipon auni pon tak penah lagi dianta ke mana2 pengasuh / taska setakat ni.. tengokla insyaallah kalo dah tiba masa yg sesuai akan proceed. hehee...


So di sini saya ingin meluahkan rasa hati dengan mengatakan WE MISS U MR MAGSOB. kalo nak dihitung tinggal lebih kurang 12 hari lagi hubby akan kembali ke Mesia. ecehhhh ke pangkuan kami la maksudnya. Auni pon tak lama lagi boleh la bejalan tuh.. dah start menapak sket2 walaupun terhuyung hayang. haha... agaknya nak tunggu ayahnya balik baru nak jalan bebetul. hopefullyyy... hehehe..

k till then, a lot of kisses and hugs from us, abang... muacchss.. we love u so much.. muaccchhsss ;).

Sunday, October 16, 2011

Darwin NT katenyee

Job Aussie lagi..

tapi kali nih belah utara ausie..seskali nk post dekat blog bini aku nih..gambar2 takda susunannye..main hentam jer susunan dia...nasib lah tunggang langang sket.haha



kat atas ade meriam..tapi tu kedai pancing..kedai dah macam store..barang banyak sangat.



sementara tunggu taxi..grafiti bersepah



ade nampak tak plaza darwin tuh..



berger begedil nandos..cari2 dalam tenet nandos halal katenye..tp makan vege burger jelaaa.



tengah kekenyangan melantak burger nandos



lepas shopping alang2..tp[ beg orang punye tuh..aku punye..kecik jer.tunggu balik nanti baru nk borong(banyak duittt!!!!!!)


gambar2 sket2 jer ade pasal aku pon tak tahu nk snap ape bende lagi kat darwin nih..nak snap gambor2 minah2 salleh..kang tak senonoh plak.hahaha


Wednesday, October 5, 2011

The 5th of Oct

Hari ini special utk aku n hubby sebab 1st time dapat cahayamata yang kitorg namakan Auni Sorfina. Auni - tenang / lemah lembut and sorfina - bersih / suci.. lebih kurang macam tu lah agaknya, tak dapat nak pastikan sgt pon betul ke tak. tu pon cari-cari kat tenet, gabung tambah tolak dapatlah namanya begitu.. 

Alhamdulillah masa lahir nampak tenang dan bersih aje mulus wajahnya.. dan sekarang dah setahun pun berlalu. Rasanya time ni parents agak excited dgn perkembangan their 1st child. dan aku termasuk dalam golongan itu. cuma yang agak tak berapa nak best, ayahnya takde di sisi masa ni.. so secara auto aku tak berapa nak happy excited nak sambut befday buah hati.. tapi acara tetap berlangsung walaupun melalui video conference. cuma yang ada mama, ayah atuk n nenek.  

hari ni pergi checkup setahun kat klinik putrajaya.. pastu petang tu jugek p beli cake n hadiah utk auni. walaupun ayah takdek nak jugak buat sumthing utk auni.. and plan ni baru je dapat the day before. sbb ayahnya still kat darat Aussie, so leh la berinternet.. so i chose video chat.. so that ayahnye pon dapat sambut sekali virtually.. jarang org  buat tuh.. hahaha... 


Cake yang tak muak. Kecik sudehhh.. hehehe

Woww ape nieee.. bukak dgn pisau plastik ni bleh?



the Melting Cake

Ayah dari kejauhan.. tetap join the ceremony


Rasa sikit nk lagi dan lagi..

flying kisses.. mmuaacchss

Mama ayah asik kat skrin je nape eh?
haaa... ni la nasib kami yg kadang-kadang berjauhan.. tahun ni nampaknya macam selalu.. tak macam dulu, jarang2.. sian ke mama auni.. baru nak manja, ayah ilang.. ada balik kejap takde.. tp syukur setakat ni dia ok lagi. maybe tak reti lagi kot. haraplah kalo dah reti nanti bleh paham dgn keje ayah ye auni.. 

so akhir kata, mama harap auni jadilah anak yang solehah nanti, sehat selalu.. dengar kata ayah dan mama.. hormat orang lain. yer.. ayah dan mama saaaayaaanng auni.. muacchss... SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA buah hatiku...

Tuesday, October 4, 2011

Ole2 Yang Pertama


Ole2 yang pertama dibeli sebelum nanti kalo dah balik nanti kut2 dibagi flight terus ke KL..baik beli dulu satu..nah ini dia..part mama ngan hadiah auni sempena hari jadi dia tuh nanti akan diusahakan balik,.hehehe

Sunday, October 2, 2011

Auni dan Air

Bagaikan aur dengan tebing, begitulah anakku auni dengan air.. tidak dapat dipisahkan. Menjadi sangat teruja bila jumpa air.. agaknya ada kaitan dengan kerja ayahnya yang selalu berada ditengah lautan kot. hehehe..

so jumaat dan sabtu lepas p la tempat dekat-dekat je carik tempat main air yang selamat utk baby mcm auni ni. (baby lg sbb dia belum setahun lg, lg 3 hari heheeh. hubby ajak p Tiara Beach Resort sbb dalam tu ada sekali dengan waterpark. Kitorang booking and terus bayar online kat website dia, Tiara Beach Resort, PD. Kebanyakan bilik dah inclusive dgn ticket waterpark tu. tapi masa booking tu tak baca betul2, p add on lagi 2 ticket. adehhh rugi dah kat situ. satu malam je duk situ, kalo lama2 boring sbb tak banyak tempat menarik pon kat PD ni selain pantai dia.. nak mandi kat pantai? uhhh tak berani mak jemah.. main2 kat gigi air boleh lah. hehheehe... so let the picca do the story..






Saturday, September 17, 2011

Beraya di Umah Maklong Auni..

Assalamualaikum..

Di bulan Syawal ni opkos la stori raya sane sini sinun kan? lagi-lagi ada cuti umum 1 malaysia... bederet 3 hari. memang ramai la yg amek kesempatan buat jemputan makan-makan.. time ni jela bleh jumpa kalo yg jarang2 dapat jumpa tu kan.. even aku dengan kakak aku yg dekat tu pon jarang jumpe, masing2 sibuk dgn hal keje.. cuma bila ada kumpul2 sefamily jumpa jugak...

so baru2 ni kakakku ade buat makan-makan raya a.k.a open house sket. takdela jemput ramai sgt, just kenalan terdekat dgn sanak saudara.. hari sabtu, masa tu cuaca mmg best, ujan jew.. sejukk.. best lepak sambil makan2.. hehe.. so tengok jelah gambo2 bawah ni yer..

Kami sekeluarga di open house maklong auni
They are cousins :)
Makanan yang terhidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers