Friday, November 4, 2011

Cantek Tapi Bahaya

Apa yang cantek tapi bahaya? Baru2 ni kita ada dengar berita pasal sorang bayi berumur 17 bulan tertelan beberapa biji jeli kristal sebab menyangka bebola tu adalah Gula-gula!. Apa yang menyebabkan bebola ni jadi bahaya sebab bebola tu boleh mengembang sehingga 55% daripada saiz asal bila menyerap air yang mana boleh menyembabkan saluran usus budak tersumbat. So sbb tu la jadi muntah-muntah, demam, takde selera makan.. ish... at the end terpaksa dibedah. 
bebola kristal 
Cantek kan? Sebenarnya kerajaan dah melarang dah penggunaan bebola ni.. ni ada sedikit petikan dari berita ogos lepas : 
PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanyaberkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.
SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.
"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

So parents, sila ban bebola ini ye. Kalau ada kat rumah tu tukar la kepada tanah ke, yang lebih natural. biar la tak cantek yang penting keselamatan terjamin. ok! Kalau nak guna jugak, pastikan pasu tu diletakkan tempat yang tinggi dan tertutup, tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. But for me personally, lebih baik takde daripada menghadapi risiko coz Malang tak berbau... tul tak? Make this as one of Safety Precautions for our children. :)

3 comments:

  1. Nasib baik lah dalam umah sha ni ade satu je pasu bunga hiasan, tu pun bunga plastik, hehehe.... X selamat jugak kadang2 pasu tu, klu semek langgar berderaiiiii....

    ReplyDelete
  2. yati, very good info. thanks for sharing. anak2 buah aku suka beli crystal jelly tu.

    ReplyDelete
  3. welcome shu... sharing is caring :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers