Saturday, September 22, 2012

Monday, September 3, 2012

Pengalaman Yang Kedua Kali!

Assalam..

wahh dah masuk bulan September dah rupanya. raya pon dah hari yang ke berapa dah kan.. lama dah rupanya blog ku ini bersawang.. akhirnya terpanggil untuk kasi update sket.. sebab sekarang ni dalam mode 'Pantang' lagi.. baru 19 hari.. alhamdulillah dah rasa sehat sket.. rasanye boleh dah jalan-jalan ni. hahaha.. alasan nak excuse dari pantang? owh no no.. big boss marah nanti.. hee

so 2nd child ni memang dah plan nak beranak kat private.. tercapai jua keinginanku itew.. time kasih la pada mr hubby dari sume segi.. tapi kisah bersalin aku yg 2nd ni alhamdulillah agak steady.. sebab? haa sbb tarikh tu dah doc yang tetapkan.. overdue 3 hari dah suh admit.. sebab doc nak bercuti raya la tuh.. aku pon ok je.. pastu aku tak rasa sakit bersalin langsung! erk?? steady tak? steady la sangat kannnn ;P

so pada 15hb Ogos adalah harinya, pagi2 kul 8 dah sampai KPJ Kajang.. pegi kaunter, "Cik, saya kene admit arini, ni kadnya". Staff tu tanye balik, "Bersalin normal ke?".. erkk... aku terdiam kejap.. errr Insyaallah aku jawab.. dalam hati aku kate, tak bersalin lg mane tau normal ke idak.. so lepas tunggu dia daftar itu ini, aku n hubby terus di bawa masuk ke labour room. wahh.. cantek nye bilik ni.. so aku kene tggu doc, nurse suh tukar baju baring2 dulu.. masuk ubat bagi berak.. tak lama terus nak menuju ke toilet.. kasi clear sume yg ada kan..

pastu nurse pasang la alat kat perut tu.. apa nama pon aku tatau.. tp utk tengok contractionla.. lepas sejam dia cek, katenye dah ada regular contraction. aik?? aku tak rasa pape pon.. nurse senyum je.. pastu dia kate nk cek jalan..9 pagi, 4cm dah.. haa? aku tekejut sekali lg.. tp.. saya tak rasa pape pon.. so dia kate.. nampaknye tak payah la induce ye puan.. aku pon rasa lega.. lepas tu tak lama baru contraction sket.. mcm sakit period je.. bleh borak2 gelak2 dgn hbubby.. nak dkt kul 11 baru la doc dtg.. cek jalan.. katenye dh 6cm.. dia pon terus pecahkan air ketuban.. setakat tu tak rasa pape lg.. cuma katenye bukaan akan lebih cepat.. sbnrnye dalam hati nk try amek epidural.. ntah kenapa aku nak jugak amek. hubby plak kate tak kesah.. tp nurse tu ckp terpulang, tak amek pon takpe sbb dia kate aku mesti tak lama sakit.. sbb dia tgk jalan cepat buka. last2 aku amek jugek. (saja nak menghabihkan beras je) huhuh... cucuk kat tulang belakang ni ha.. terasa kebas dari pinggang ke kaki. sakit contraction tak rasa lgsung smpai la full dilation dalam kul 1 lebih.. bile baby dah kat pintu, terasa mcm ala2 sembelit baru la ada rasa sakit sket.. pehh memang sonok la amek epi ni.. tp orang kate ada kesan.. aku tak tau la mcm mane, tp mungkin sekali ni jela aku amek.. gatal nak menerai.. hihih... dalam 2x teran kuarla puteri ku yg ke-2 yg diberi nama... Aufa Sakinah..

Alhamdulillah sumenye berjalan lancar.. dipermudahkan.. syukur.. keesokannya baru la discharge.. berpantang plak kat rumah sendiri.. mak abah ku datang hari ke-3..  so sempatla hubby tolong uruskan orang 'baru' dengan jaga orang pantang.. time kasih abg.. ayg kalo boleh nak abg jaga sampai abis pantang.. tp mak nak jugak tolong.. kiranye selamat la abg kali ni.. he he he... tengokla lain kali ke, sila jangan lepaskan peluang yer. hahaa..

owh ok la.. dah panjang berjela dah ku cite.. layan gamba plak yer.. Selamat Hari Raya ye sume.. Maaf Zahir dan Batin.. (walopon aku tak berayaa.. tengok jela orang makan sedap2. huhuhuhu)

Labour Room

Lepas Deliver

My 2nd Princess - Aufa Sakinah


Tuesday, August 7, 2012

DIY Lagi, Lock Laci Guna Clip Beg.

DIY kali ini adalh bertujuan untuk mengekang perbuatan auni yang suka membuka setiap laci dan pintu2 dirumah ini tanpa segan silunya..dan setelah dilaksanakan ade sedikit kekecewaan dalam dirinya apabila dia tidak berjaya untuk membuka laci rak tv seraya dengan itu menangis kerana kegagalan itu..

bahan2 yang diperlukan untuk DIY kali ni.

1. Clip Beg 1" = RM0.40 pcs (Jlan Loke Yew)
2. Tali Bag 1" = RM 0.60 Semeter
3. Jarum dan Benang
4. Gunting
5. Lighter


Lock ni dibuat pada pintu aquarium tapi disebabkan tidak mempunyai sebelah lagi sebagai lawan jadi keputusan untuk staples terus pada dinding diambil. Auni sokmo buke pintu ni dan main2 ngan pam air..celakak toll..


Ni lock pada rak tv tapi cara ini kurang berkesan kerana laci atas masih boleh dibuka..tapi cukuplah untuk buat auni gagal untuk membukenye..haa


ni pintu kabinet dapur..sudah pon dipasang lock ni auni juga gagal untuk buke pintu nih..kalo tak..dia ambik mangkuk cawan dia main masok2..dia ambikk sudu dia gi buang dalam saluran perpaipan.haa...


ni keaadan ketika unlock..takdok mende pong..saje jer..

Sekian untk DIY kali ni..ade lagi DIY lain2 lepas nih..haa..

Gambor Auni Ada Dalam Kamera

Ni ada gambor dia pakai tudung testing tudung mama dia..




Wednesday, August 1, 2012

Menunggu Hari...

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Ihsan Google

Hari ni dah masuk pon bulan Ogos.. iaitu bulan kemerdekaan dan yang paling teruja adalah makin hampir kepada EDD aku.. dah 38++ weeks dah rupanya. pejam celik sekejap pulak rasa pregnancy yang kali ni..
Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni, aku diberikan kesihatan yang baik.. cuma sekali je batuk.. Syukur sangat padaMu Ya Allah..

Bersyukur jugak puasa pon masih larat dan tak tinggal lagi. Dan yang paling memelikkan diri sendiri - aku rajin nak ke dapur time 3rd trimester (ups kantoi sebab memang tak rajin masak ;P).. lagi la time puasa ni.. boleh kata hari2 gakla masak. baru sekali je beli kat bazaar ramadhan tu. tapi tu sume pon ada penyebab... sebab en hubby turut turun padang sama-sama bersilat kat dapur. tapi dia akan tunggu aku balik keje then sama2 start masak.. pembantu yang cemerlang lah kirenye. hehe.. siap prepare kueh bagai tiap kali bebuka.. wuhuu.. tapi biasa kueh ikut selera dia la.. macam semalam buat pisang sira. siap makan dengan eskem.. terangkat abis.. makan sejuk2 plak tuh.. wallaahhh... upss takleh cite lelebih terliur plak. hehehe

ok cukupla cite pasal makanan kan.. bukan itu yang jadi keutamaan masa bulan puasa ni. yang penting pengisian.. tp dalam keadaan aku yang cenggini, semakin cepat mengah macam agak terbantut.. yang mana termampu jelah.. kadang-kadang bila rasa penat sgt sampai semayang pon cara duduk. macam kurang zat je rasa.. tapi yang pasti berat menurun 2 kg masa 1st week puasa tu. sbb makan tak byk mana.. perut dah sempit kan, nak makan byk2 pon tak lepas nyawa plak nanti. hehee..

so dengan hampirnya waktu yang sedang ditunggu-tunggu ni, saya pinta jutaan keampunan dan kemaafan dari kawan-kawan, keluarga dan yang mengenali diri ni terutama sekali dari en suami yang banyak bersabar dengan karenah isterinya ini...huhu.. semoga segala urusan kita dipermudahkan.. Insyaallah :).. Wassalam...











Tuesday, July 24, 2012

Homemade Fabric Wall Deco

Ini adalah contoh Homemade Fabric Wall Deco yang telah siap dan siap gantung lagi kat dinding rumah kami.

Selaras dengan itu bagi menyemarakan lagi idea2 internet penguna2 sekalian adalah frame deco semacam diatas dibuka untuk tempahan kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan mengikut selera anda..citarasa anda..size yang di inginkan..jumlah keping yang diinginkan..

Sebagai contoh frame diatas adalah berukuran 60cm x 30cm x 3 keping. Jadi untuk ready stock material yang ade ready kat rumah skarang ini adalah seperti dibawah ini. Ada 3 je dulu..hihihih..nnanti update lagi..

No 1


No 2


No 3


Sebarang pertanyaan boleh (Kalo adelaaaa) di ajukan terus kepada Suryati suryati.osman@gmail.com 

Terima Kasih..

DIY (lah konon) Bekas Mainan PVC pipe

Kandang atau sangkar unttuk meletakkan mainan2 anak aku yang semakin hari semakin memlambak.


PVC Pipe yang beli dekat hardware dah potong ikut muat keretalah..


T piece ngan L piece untuk sambungan PVC pipe. Ada lagi bahan2 yang lain tak masuk dalam gambar. 

1. Jaring Plastik (Kaler Hijau)
2. Gam Gajah (Tak yah pakai gam paip)
3. Tie Wrap (Nak ikat jaring td ke body nanti)

sebahagian yang sudah siap dicantum kan tapi belum digam lagi untuk ditrial fitkan (rosok bahse) di area mainan  nanti. Giler ahh


Biler dah siap cantum semua part2 ikut design yang dicadangkan. dan seterusnya operasi memasang jaring plastik ke bodynye.Gambor ketika aktiviti memasang jaring tidak ado pasal nk kejor waktu berbuke.


Dan inilah hasilnya..aku longgok semua dalam satu sangkar ni mainan dia.. Size untuk kandang @ sangkar nih adalah lebih kurang 85cm x 40cm x35cm. Lagi satu semua barang aku beli sendiri ye..aku tak rembat kat kapal pon tiw wrap tu..haaaa...

Selamat Mencuba

Tuesday, June 5, 2012

Simpanan Untuk Masa Depan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah lebih 3 tahun aku berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.. dan oleh kerana aku telah memilih opsyen pencen.. maka tempoh tersebut telah pun matang iaitu membolehkan aku mengeluarkan sebahagian simpanan yang ada dalam EPF iaitu selain akaun 1 yang dicarum oleh pihak gomen.. haa.. ape lagi, cepat2 lah aku menunaikan pilihan yang ada, keluarkan dan letakkan pada tempat yang lebih bermanfaat.. so kat mana? tak lain tak bukan pilihan ku kini, iaitu Tabung Haji!!.. kenapa pilih?

Sebab utamanya, kita tak perlu dah keluarkan zakat simpanan sbb TH telahpun membayarkan bagi pihak pendeposit..  ni ada sedikit info mengenai TH

Wang simpanan pendeposit-pendeposit TH disatukan dalam Kumpulan Simpanan Pendeposit-pendeposit dan dijadikan sebagai modal perniagaan. Modal perniagaan ini dilabur oleh TH dalam bidang-bidang perniagaan seperti pelaburan harta tanah, bangunan, perladangan, perusahaan dan bidang-bidang lain yang halal mengikut lunas-lunas Islam. Kumpulan Wang simpanan Pendeposit ini hanya digunakan oleh TH untuk tujuan perniagaan. 
TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH. 
Ini merupakan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan tersebut memutuskan: 
1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya. 
2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan. 
3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas. 
4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Ada lagi pilihan lain mcm Public Mutual, ASB, Beli Emas ke.. masing-masing ada pulangannye tersendiri.. tapi aku takut kalo aku alpa, untuk menunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat ke atas simpanan yang ada... huhuh..pasal zakat pendapatan plak, mungkin pasni nak buat byr zakat bulan2 melalui potongan gaji, insyaallah.. kita buat se se deh.. bende baik insyaallah Allah bantu.. yang penting usaha!

ihsan dari google 

** dah nak masuk 3 series baru terasa nak menabung.. selama ni simpan nak taknak jew.. aduyaii... tapi bak kata, better late than never.. kan kan kan? :)

Wednesday, May 16, 2012

13 Weeks To Go!

Alhamdulillah now i'm 27 weeks.. rasa macam cepat je masa berlalu.. dah nak masuk 3rd trimester.. skang dah start rasa sakit kat bahagian kelengkang tu lagi2 time bangun dari tido atau duduk yang lama. memang majoriti pregnant woman akan menghadapi situasi macam ni bila dah masuk 7 bulan... huh..

Dan malam-malam ada lah jugak kene cramp tuh.. masa hubby ada bleh la tolong urut.. tapi buat masa ni dia keje, skang kat singapore, mayba pastu terus ke vietnam.. bila balik? mungkin masa tu aku dah nak masuk 9 months! huu.. harapla semua berjalan lancar.. dan aku terpaksa lah menghadapi sakit-sakit manja masa bersalin ni dengan my princess.. mintak dia urut picit2.. hehehe.. dah pandai sebut adik / baby bila pegang2 perut ku itew.. tapi ada masa PAP PAP... aduyaiiii ditepuknyeee perut haku.. tu belum lagi tengah baring2 dia datang panjat. hua huaa... kalo ada ayahnye aku sentiasa selamat so skang terpaksa berhati2 bila membaringkan diri.. hehehe

ermm.. dan aku bernasib baik sbb akakku tinggal sebelah je daerah dgn tempat aku menginap. so skang duk umah dia... aku tak berani nak tinggal berdua je dgn auni.. lagipun mak pon ada kt rumah akak.. dan abah pon dah beransur pulih.. dah bleh makan sendiri, duduk sendiri.. ade perkembangan positif. so mak offer kan diri nak jaga auni.. satu kelegaan padaku..aku syukur padamu Ya Allah..

adui.. arini kaki terasa lenguh-lenguh.. start dari subuh tadi.. kalo ada minyak panas best gak ni.. mmm.. harap jangan le berpanjangan.. sebab lenguh ni sampai rasa malas nak buek keje.. (ke alasan je? hehehe).. dan ku tujukan khas buat suami tersayang.. kalau la abg baca entry ni, kalau ada terkena angin bayu menyapa pipi abg kat sane, anggaplah tu kiriman sayang dari ayang yer ;) muacchss...i miss u.. luv u.. hihihih... :D

oklah sampai di sini dulu.. and satu lagi, most probably my baby is a GIRL.. insya Allahh. ;).. Hanya Allah yang maha mengetahui..

Friday, April 27, 2012

Kisah April Part 1

Salam to all bloggers and readers..

Dah lama rasanye tak update blog nan kian menyepi ni.. last time update pasal abah yang terlantar sakit akibat accident bulan februari lepas.. alhamdulillah dah makin baik.. besi yang dipasang dekat area pelvic dah pun dibuka 18 April baru ni.. lepas je buka happy gilee abah.. katanya macam terlepas satu beban.. haa.. kami adik beradik pon turut bersyukur walopon tu bukanlah penghujungnya, sbb lepas ni still kene follow up dengan spital and kene buat fisio dari semasa ke semasa..

Orthofix yang dah dicabut

Tapi, 3 hari lepas dalam kul 4 pagi abah tetiba diserang mild stroke.. tak tahu nak describe sebab aku takde masa tu.. sbb abah duk umah akak.. so mak, akak dgn abg ipar yg bawak abah p spital.. derang cite abah meracau2 dan cuba bercakap tapi tak faham sepatah pon.. alkisah mungkin ada kaitan sbb 3 hari lepas buka besi tu abah ada terjatuh masa cuba praktis bejalan pakai tongkat.. mmm.. bnde nak jadikan, dah berhati2 berjaga2 pon depan mata tetap leh terjadi... sume tu takdir dari Allah.. kite kene lah redha.. kami redha dan alhamdulillah  setakat ni abah ok.. doc pon kate tu tanda2 awal stroke.. so lepas ni kene extra berhati2.. huhuh..

Dalam tak sedar dah nak masuk bulan mei dah minggu depan.. huhuu... cepatnya masa berlalu.. dan baby dalam perut pon dah mencecah 25 minggu.. 15 weeks to go Insyaallah.. iaitu bulan Ramadan.. puhh... puasa tahun lepas pon tak abis ganti lagi ni.. ayooo bila nak start ni.. aiseh... kene jugak start paling lmbt bulan Mei ni.. korang2 pon mana yg belum ganti tu cepat le ganti yer.. sekadar mengingat sesama insan.. hehe.. :)

dan pada bulan ni juga dapat gaji baruu termasuk tunggakan.. alhamdulillah rezeki.. syukur..sume kakitangan kerajaan bersyukur dengan rezeki bulan april ni.. rasanye ala2 mcm dpt bonus.. tp tak la bonus mcm private berbulan-bulan.. hehehe... yearly increment pon naik jugak.. huu... tetiba perasaan nak berenti keje tu macam berkurangan.. sbb hubby ada tanye, so jadi ke nak benti keje? errkk... terdiam kejap.. sbb kalo dengan jumlah increment mcm tu.. dlm 5 tahun dah selesa dah. errr... tgkla mcm mane nnti.. kalo laki gaji dah bleh cover balik gaji aku ni, kompem benti! hahaha...

so tulah cite dalam bulan April.. ada lagi kisah lain.. tengoklah sambung part 2.. kalo rajin la.. hehehe..
ok daaa...

Thursday, March 22, 2012

Abah yang Terlantar Sakit

As Salam.. 

Bulan MAC dah nak sampai ke penghujung nye.. pejam celik pejam celik abah dah sebulan terlantar sebab accident bulan lepas.. terbabas masa bawak moto.. 2 tahun lepas jatuh dari siling.. retak tulang belakang dgn pergelangan kaki.. alhamdulillah dalam masa setengah tahun abah pulih.. tapi kali ni.. nampaknya agak teruk sikit sebab tulang pelvic dia beralih /patah yg mana satu tak sure.. tapi yang pasti dah menjalani 2x pembedahan pasang besi untuk pegang tulang tu supaya berada pada tempatnye.

Pembedahan pertama - pasang besi pada malam accident tu jugak.. sbb kalo dibiar lagi bahaya.. sbb area pinggul byk urat saraf.. dikhuatiri boleh mendatangkan komplikasi lain pulak.. Masa bedah kira2 3 jam.. full bius

Pembedahan kedua - besi yg dipasang dikeluarkan, kemudian pasang besi lain.sbb besi yang ada tu terlalu dekat dgn perut, so kalo abah nak duduk tersekat.. so kata doc pakar besi yg baru ni, yg mana kene letak deposit sbb diimport khas dari Italy yg bernilai kira2 12k. lebih selesa.. dan abah boleh la duduk.. Masa bedah kira2 4 jam.. pon full bius..

Kesiannnya tengok keadaan abah.. dgn ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan lelah.. lagi memerlukan perhatian lebih.. tp alhamdulillah setakat 2 pembedahan tu sumenye ke arah positif.. yelah hampir sebulan duduk kat spital, nurse2 and doc pantau kita pon taklah risau sangat..

tapi minggu lepas doc suh discharge.. sbb sume pon tahu mcm mane keadaan spital Klang tu.. ramai sgt.. padat.. kitrorg risau sbnrnye nak bawak balik, sbb lepas ni kene pantau sendiri.. dengan kekurangan peralatan bantuan, medical equipment.. so kami pon pakat la beradik beli / sewa pape yg patut.. masa discharge kene sewa ambulans sbb abah tak bleh duduk lama2.. yelah kan pasang besi kat area pinggul.. of cos la tak selesa atau mungkin sakit..

so sekarang ni abah ada kt umah kakak kat kajang... before ni masa abah sakit jatuh siling tu duduk umah aku.. so peralatan mcm tongkat, bekas urin, kerusi roda, adult pampers.. sume dah ada.. cuma kali ni kene tambah lagi, so aku belikan glucometer.. member ku suggest beli brand Optium sbb majoriti hospital guna.. mmg senang la.. tp agak pricey la.. then tiap malam abah kene cucuk insulin.. luka bedah kene cuci hari2 atau selang sehari.. lap badan..ubat kene makan.. makan kene bersuap sbb tangan abah tak kuat lagi nak pegang barang..and basically most of the time dia baring je.. so skang ni tengah  nak cari katil macam kat spital tu. nak sewa je.. tapi tak jumpe lagi.. sebab abah kate dia lenguh2.. owh ya Allah kau kuatkanlah semangat abah dan juga anak-anaknye supaya dapat mengharungi ujianmu ini.. dan mak lah penjaga yang paling setia siang malam jaga abah.. malam2 abah lenguh, mintak di urut.. lapa.. sungguh besar pengorbanan mak.. masa dulu jaga anak, sekarang jaga suami pulak.. kau berikanlah juga kekuatan dan semangat pada ibuku.. amin...

mmm.. dalam pada berita sedih ni, dapat juga berita gembira, tiba2 hubby sms bagitau dia balik arini.. happy sebab kejap je p keje.. seminggu.. biasa berbulan.. tapi tak lama pon lepas seminggu p keje balik.. but at least better ada dari tiada kan..

so kengkawan, mohon sama2 doakan semoga abah ku segera sembuh.. dan kesihatannya bertambah baiik... terima kasih pada semua yg beri perhatian pada keadaan abah..

Jumpe lagi.. daa

Thursday, March 15, 2012

Bangi - Serdang - Putrajaya

Gambar Hiasan - Google
Bermula semalam.. tinggallah aku dengan auni untuk beberapa ketika.. huhuh..
tapi kali ni tak berulang Klang - Putrajaya sebab rumah mak takde orang.. ada kat spital lagi,
ayah still kat wad ortopedik. So kali ni menumpang rumah kakak di Bangi.. berulanglah ku dari Bangi ke Serdang pagi2 sebelum boleh pergi keje.. Sebab auni sekarang di jaga oleh nenek saudaranya.. alhamdulillah lega satu hal dah ada orang bleh jagakan.. cuma dari segi perjalanan hari2 memang agak memenatkan sebab tak sejalan.. macam berpatah balik.. kalo dikira jumlah perjalanan ulang alik hampir mencecah 60 kilometer sehari.. tapi dasat lagi kalo berulang klang.. dalam 2x ganda lagi.

apa2 pun aku still bersyukur.. inilah rencah kehidupan.. malam tadi tak dapat tidur sebab tempat baru kan.. auni pon sama.. menangis je sebelum tido.. agaknye teringat ke ayah dia.. sebab dia sangat rapat dgn ayahnye. huk3.. nak sejam jgk melalak.. lama2 tertido.. last2 mamanye yang tak boleh lelap.. sedar2 dah nak 2 pagi jugak terkelip2.. pastu mmg tak lena la.. datang ofis kepala weng2 lagi.. harap malam ni tidurku lena..

mula merindui kekasih hatiku..

(-_-)

Wednesday, February 1, 2012

Baby Cute Contest

Assalamualaikum sumer..

Banner Contest
Nampaknya saya pon terpanggil juga untuk menyertai contest ini sebab tengok mcm mendapat sambutan yg hangat. dan kebetulan hari ni cuti, hari wilayah.. so ada la free time nak buat entry ini.. time kasih pada sue mommy cinta sebab tag yatie :). ni la 1st time nak masuk contest untuk si Auni. hehe.. so sila baca yang seterusnyaa...




Hadiah yang bakal dimenangi :
Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 



Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*

Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA



Tarikh tutup :: 8.Februari.2012


Arini baru 1 februari kan.. sempat lagi kengkawan.. jum2 join wahai kengkawanku shuhada, dahlia, suriati, siti shauki.. 

Ni gambar terbaru puteri ku yang sedang senyum memalu.. kat idung tu luka-luka sebab tangan kreatif sgt nak buat sketch kat muka sendiri. hehe


Nama Ibu : Suryati binti Osman
Nama Anak : Auni Sorfina binti Mohd Sobri
Tarikh Lahir : 5 Oktober 2010


So sila la ke blog baju baby atas rak online shop untuk lihat details contest ini dan juga cuci mata online shopping!!


Friday, January 20, 2012

Ombak Rindu

Cerita ni rasanye most of us dah tengok kan.. termasuk lah aku.. tapi tajuk Ombak Rindu kat atas tu bukanlah merujuk kepada filemnye tapi lagu dia tu.. sensitip oo dengar ombak ni.. terus terbayang pantai berombak.. pastu bila cite pantai mestilah berkait dengan laut.. sebut laut tak lain teringat la insan tersayang yg tengah berada di tengah lautan nun.. huk3..

so every time aku dgr lagu ombak rindu ni mesti sadis.. lagi2 part rangkap yg tetengah sikit tu..

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



huwaa... kalo dalam kete time tu jugak berjurai2 air mata kuar.. tapi tak lama.. kejap je. lagu abis bentila aku. hehehe.. mesti orang baca ada yang kesian dengan nasib aku ni kan? sbb kalo nak kira bebetul aku rasa mungkin dalam setahun, 6 bulan je hubby betul2 ada kat rumah. the rest outstation. korang bayangkan lah.. sbb tu walopon dah kawen nearly 3 years tp rase baru je lagi.. samala dengan sahabat2 ku yang senasib - hubby keje offshore.. beginilah nasib kitorg.. bila hubby takde, akulah mama akulah ayah.. sebab tu bila hubby balik aku lepaskan sume kat bahu dia (wahahaahha harap hubby ku baca ini statement dan memahaminya. ;P). tapi idakle sekejam tuh... saje je nak meluahkan rasa.. isteri mana yang tak happy bila suaminya balik setelah berjauhan sekian lama? ceweahhh... time sampai tu hati berbunga2.. macam masa becinta dulu2.. haa kih2..

eh ok la panjang pulak entry ni, ku fikirkan nak buat pendek aje.. oh ombak.. kau bawakanlah rinduku... uuu...

Thursday, January 5, 2012

Tahun 2012

Alhamdulillah...

Tahun beralih dari belakang terus ke hadapan.. tak pernah lewat.. sebab semuanya telah ditentukan oleh Allah.. tapi macam mane dengan perancangan kita selama ni? ada tak yang tertinggal? tak sempat dilaksanakan? itulah saya antara yang termasuk dalam golongan tersebut.. tapi ada juga perkara yang dirancang diperkenan oleh Nya.. kupanjatkan penuh rasa syukur padamu Ya Allah..

Seawal tahun ini hubby dah pon kene p outstation.. sekarang ni dia di lautan australia nun.. alhamdulillah jugak walaupun rasa sedih berat nak kene tinggal.. isteri mana yang suka ditinggalkan.. cuba bagitau.. hehe.. tapi kalo kite positif, pandang dari sudut lain.. byk hikmah nya.. selagi allah mengurniakan kita nikmat dan rezeki.. kite kene redha dan bersyukur.. jangan sampai kufur nikmat. dan gunakan nya sebaik2nya..

Oleh itu, kami telah berniat untuk mengerjakan umrah tahun ini.. semoga niat kami nanti dapat dilaksanakan.. tapi setakat ini takde pape persediaan ke arah itu.. yang ada baru niat. Niat yang paling utama dalam setiap apa perkara yg kita nak buat kan? kalo takde niat, takdela step seterusnya..

Pada tahun ini juga,  Alhamdulillah..  Insyaallah Auni dijangka dapat adik pada bulan 8 ni.. bulan puasa.. anak itu juga adalah rezeki.. dan amanah,, maka bertambah lah lagi tanggungjawab ku sebagai ibu yang perlu mendidik, membesarkan anak.. tapi masih ada sesuatu yg sentiasa membelenggu diri ini.. tentang menjaga anak.. hmm.. aku ada tanam niat pada satu hari nanti aku akan menjaga sendiri anak2.. bukannya dijaga oleh orang, pengasuh atau taska sepertimana aku dijaga sepenuhnya oleh mak dulu. hurmm.. boleh ke ini dijadikan azam tahun ini juga? uii.. banyak perkara yang perlu difikirkan.. harap dipermudahkannya.. amin..

owh da panjang dah coretan tahun baru ni.. ada lagi beberapa perancangan untuk tahun ini.. yang rasanye boleh sambung nanti-nanti.. kang bosan lak baca pepanjang ni.. hehe..

ok daa... selamat beramal :)

Selamat Tahun Baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers