Friday, August 12, 2011

10 bulan sudah?

Lagi 2 bulan auni nak masuk satu tahun.. dia semakin membesar dan masa dirasakan berlalu begitu pantas. cewahh ayat novel. haha.. alhamdulillah auni membesar dengan sihat.. dan setakat ni dia masih seorang bayi yang sosial. tak kisah jumpa sape2 pon. terutama geng-geng seusia dengan dia.. memang bising mulut memanggil-manggil nak ajak beborak gamaknyer ;P.

** sumber dari babycenter



Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan

Melakukan pergerakan yang lebih banyak 
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.  YES, cuma auni takut-takut nak lepaskan tangan. hehehe

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. 

Memegang dengan jari-jemarinya 

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. Dah macam-macam auni makan, plastik, kertas, meja pon dia gigit. (ayahnya jangan tekejut balik nanti tengok rak tv dah berkopek sane sini digeget auniiiii...adoiiiii) 

Personaliti yang berkembang 

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. Dah pandai lambai bila sebut 'bye bye'.. dah pandai tepuk tangan bila sebut 'tepuk'..  menari toksah cite la kan.... head banginggg ajeerrrr

Menangani ketakutan bayi anda 

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.  betul betul betul

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’ 

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.  memang suka borak dengan auni sebab ayah dia jarang ada kat rumah. dengan sape lagi mama nak borak? heheheeh

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).  bila sebut perkataan lain ade la bunyi mcm nak folo, tapi ajar sebut 'mama' terus senyap kebluran. aishh..



So itu lah antara perkembangannya setakat ini. tapi tang nak tido malam mesti merengek2 guling2 dulu baru la tido. kalo siang ok je tidonyer.. aishh nak wat cemana eh.. agaknye tu cara dia nak bermanja dengan mamanyer? tak ape la auni sayang, asal auni happy sudahhh... dah besar nanti jadi anak yang mendengar kata yer.. hormat orang tua. wahh gitu.. memang salu pesan pon time dia nak tido. ini pesan en magsob.. suh nasihat anak time derang nak tidur-tidur chicken tuh. cakap dengan derang elok2. masa ni la jiwa dan fikiran tenang, insyaallah mudah diterima.. amin...
anak beranak lena diulit mimpi
saya suka makan biskuttttt
happy betul orang nak amek gambo diaa
on her booster seat. time makan memang ni la tempat dia


7 comments:

  1. amboi auni..semua dia bulih napok gaye..tang makan rak TV tuh macam nk jadi jadi incredible hulk jer..ish2..hahahahah

    ReplyDelete
  2. hahaha.. orang baru reti satu dua bende.. tengok la nanti dia dah bereti macam2 bende. haru la bang.. hihi

    ReplyDelete
  3. tu baju umur 3 bulan pong muat lagi/...hahaha

    ReplyDelete
  4. bukn baju 3 bulan bang.. newborn tuhhh.. haha

    ReplyDelete
  5. tenkiu MrsYusofhussain.. all babies are cute! :D

    ReplyDelete
  6. hamboi...yer ah..baju newborn...bapok besor baju newborn gitu..lompat2 nih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers