Tuesday, June 5, 2012

Simpanan Untuk Masa Depan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah lebih 3 tahun aku berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.. dan oleh kerana aku telah memilih opsyen pencen.. maka tempoh tersebut telah pun matang iaitu membolehkan aku mengeluarkan sebahagian simpanan yang ada dalam EPF iaitu selain akaun 1 yang dicarum oleh pihak gomen.. haa.. ape lagi, cepat2 lah aku menunaikan pilihan yang ada, keluarkan dan letakkan pada tempat yang lebih bermanfaat.. so kat mana? tak lain tak bukan pilihan ku kini, iaitu Tabung Haji!!.. kenapa pilih?

Sebab utamanya, kita tak perlu dah keluarkan zakat simpanan sbb TH telahpun membayarkan bagi pihak pendeposit..  ni ada sedikit info mengenai TH

Wang simpanan pendeposit-pendeposit TH disatukan dalam Kumpulan Simpanan Pendeposit-pendeposit dan dijadikan sebagai modal perniagaan. Modal perniagaan ini dilabur oleh TH dalam bidang-bidang perniagaan seperti pelaburan harta tanah, bangunan, perladangan, perusahaan dan bidang-bidang lain yang halal mengikut lunas-lunas Islam. Kumpulan Wang simpanan Pendeposit ini hanya digunakan oleh TH untuk tujuan perniagaan. 
TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH. 
Ini merupakan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan tersebut memutuskan: 
1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya. 
2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan. 
3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas. 
4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Ada lagi pilihan lain mcm Public Mutual, ASB, Beli Emas ke.. masing-masing ada pulangannye tersendiri.. tapi aku takut kalo aku alpa, untuk menunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat ke atas simpanan yang ada... huhuh..pasal zakat pendapatan plak, mungkin pasni nak buat byr zakat bulan2 melalui potongan gaji, insyaallah.. kita buat se se deh.. bende baik insyaallah Allah bantu.. yang penting usaha!

ihsan dari google 

** dah nak masuk 3 series baru terasa nak menabung.. selama ni simpan nak taknak jew.. aduyaii... tapi bak kata, better late than never.. kan kan kan? :)

3 comments:

  1. very well planning..betul2..k.chik nyer pun masuk tabung haji sparuh..sparuh agi gi jugak tang ke gold bar..huhuhu..betul laa as u said..nk kene beware cukup haul nnt nk kene bayar zakat harta ke ape ke pulok..tggu jer naik harga sikit nk jual balik and masuk lam tabung haji semua...dok pening pale doh mikir..gane laa kehidupan org2 kaya yg byk harta ek?tensyen ginim ke?or depa buat tak tau jer????

    ReplyDelete
  2. Dok tau nk komen sebab yati bukan orang kaya pon. hehehe.. tp kalu orang kaya yang dok manage betul2 harta tuh boleh jatuh miskin gamoknye.. hehehe. tp kite yang dok kaya ni kalu pandai manage bolehlah nak rasa macam orang kaya sket. kih3..

    ReplyDelete
  3. Ila pun dah keluarkan duit kwsp tu..tp msk asb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers